Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Tuesday, June 18, 2013

CHOCOLATE DIPPED BANANAS



sebelum ni penah buat... tp x jadi sebab coklat x melekat kat pisang tu... kli ni try resepi lain 
alhamdulillah jadi....







celup kan pisang tu cepat2... sbb pisang yg sejuk akan cepat keraskan coklat tu




dah salut bubuh laa manik2 kalerful ni



hahhaah pencucuk dah habis... lidi xde... haa amik je la sudu kecik KFC tu jadi pemegang




pisang dah habis trus buat coklat dgn baki yg ada...




budak ni propa jer lebih... pisang xnak makan...coklat je habis dia taram.... cmne ekk nk bg dia suke makan buah... sgt2 susah tau nk bg zikry makan buah-buahan...







Bahan:
7 - 8 bj pisang berangan
200gm coklat masakan
2 sudu besar susu cair
2 sudu besar butter
batang aiskrim@skewers@lidi satay
kekcang/manik2 gula utk hiasan ~ optional

Cara:
*Buang kulit pisang dan potong dua. Jika pisang besar (spt pisang montel) boleh lah dipotong 3.
*Cucuk dgn batang aiskrim@skewers@lidi satay dan letakkan atas loyang yg dialas dgn baking paper.
*Masukkan kedalam freezer dan biarkan lebih kurang 2 jam.
*Panaskan coklat masakan bersama susu cair dgn kaedah double boilet (boleh gak guna microwave)
*Bila coklat dah cair masukkan butter. Kacau sehingga butter cair.
*Ambil pisang dan celupkan kedalam coklat cair dgn cepat (boleh gunakan sudu utk ratakan bahagian yg tak terkena coklat)
*Golekkan/taburkan manik2 hiasan/sprinkles/kekacang.
*Letakkan balik atas loyang beralas baking paper tadi. Buatlah sehingga habis pisang yg digunakan.
*Masukkan kembali kedalam freezer utk 5 - 10 minit, lepas tu masukkan kedalam bekas kedap udara(air thight container) untuk menghalang coklat yg menyaluti pisang td berpeluh.
*Hidangkan sebaik sahaja mengelurkan pisang td dari freezer.

* tips:
1. boleh gunakan pisang montel, pisang raja atau pisang emas tapi jgn guna pisang yg dah agak masak/ranum.
2. masa mencelup coklat dan hendak tabur gula hiasan tu, kena buat dgn cepat sbb coklat akan cepat mengeras disebabkan pisang td dlm keadaan yg sejuk/beku.



No comments:

Create your own banner at mybannermaker.com!